Berita Semasa

Majlis Berbuka Puasa 2019

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd mengadakan Majlis Berbuka Puasa 2019 pada 21 Mei 2019 bertempat di Kompleks Ibu Pejabat di Bandar Cheneh Baharu. YB Pengerusi LRTSB , YB Ustaz Hj. Satiful Bahari bin Mamat bersama Ahli Lembaga Pengarah serta ADUN Air Putih, YB Cikgu Hj Ab.Razak Ibrahim turut hadir bagi meraikan majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Eksekutif LRTSB, YM Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang, diikuti oleh ucapan YB Pengerusi LRTSB dan seterusnya penyampaian sumbangan Korporat LRTSB kepada golongan kurang bernasib baik.