Berita Semasa

Larian Komuniti Bandar Cheneh Baharu 2018

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd akan menganjurkan program bersama masyarakat iaitu Larian Komuniti Bandar Cheneh Baru 2018 pada 07 April 2018 khusus kepada penduduk di kawasan Bandar Cheneh Baharu, Kemaman, Terengganu. Dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan masyarakat setempat, program ini akan dirasmikan oleh Pengerusi Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Wan Mokhtar merangkap ADUN Air Putih Kemaman, Terengganu. Sebanyak 11 kategori dipertandingkan dan hadiah-hadiah menarik akan menjadi rebutan para peserta pada acara yang julung kali diadakan ini. 3 Buah Basikal Mountain Bike dan hamper akan menjadi milik pemenang cabutan bertuah.

Pendaftaran dilanjutkan sehingga 4hb April 2018 jam 6:30 petang. Borang penyertaan boleh didapati di sini dan di Kedai Koperasi Ladang Rakyat Terengganu Berhad, Bandar Cheneh Baharu serta di Pondok Pengawal Perumahan Ladang Rakyat Trengganu, Peringkat 4 Bandar Cheneh Baharu.