Berita Semasa

Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama kakitangan

27/01/2019 - Majlis Pejumpaaan dan Taklimat oleh YB Pengerusi Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, YB Ustaz Satiful Bahri Bin Mamat bersama kakitangan LRTSB telah diadakan di Cheneh Recreation & Resort, Kemaman Terengganu. YB Pengerusi mengucapkan rasa bangga dan berterima kasih atas peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada beliau bagi memimpin salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Beliau turut mengingatkan semua kakitangan agar berusaha memberikan khidmat yang terbaik kepada syarikat sekaligus menjana keuntungan untuk syarikat. Selaku anak syarikat yang berpotensi besar, LRTSB juga turut menyumbang sebahagian daripada keuntungan kepada rakyat Terengganu melalui program Corporate Social Responsibility (CSR). Justeru itu YB Pengerusi turut menjelaskan bahawa kakitangan LRTSB bukan hanya bekerja untuk diri sendiri dan syarikat sebaliknya turut bekerja untuk membantu rakyat Terengganu yang memerlukan bantuan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama kakitangan.