Berita Semasa

KURSUS PENGURUSAN TANAH DAN NUTRIEN BAGI KELAPA SAWIT

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd telah mengadakan satu kursus Pengurusan Tanah & Nutrien Bagi Kelapa Sawit pada 27 Oktober 2019 bertempat di Dewan Cempaka, Cheneh Recreation & Resort. Yang Berbahagia Ketua Eksekutif LRTSB YM Che Ku Hafeez Bin Che Ku Denang telah menyampaikan ucapan aluan dan merasmikan kursus tersebut. Kursus ini melibatkan kakitangan dari bahagian operasi seramai 32 orang.