MAJLIS IFTAR RAMADHAN & SUMBANGAN ASNAF LRTSB 2024

Ladang Rakyat Trengganu meneruskan tradisi tahunan sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan mengadakan Majlis Iftar Ramadhan dan Sumbangan Asnaf LRTSB 2024 pada 26 Mac 2024.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asri Bin Kadir dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Ketua Eksekutif LRTSB, YM Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang. Yang Berhormat Dato' Pengerusi LRTSB telah menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada wakil asnaf yang hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis yang sama adalah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih, Yang Berhormat Mohd Hafiz bin Adam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Yang Berbahagia Tuan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun, guru-guru mewakili pelajar dari golongan asnaf, wakil-wakil Syarikat dan jabatan serta kakitangan LRTSB.

GALERI