MAJLIS MAKAN MALAM LRTSB 2024
Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Makan Malam 2024 bertempat di Dewan Seri Amar, Chukai Kemaman pada 21 Januari 2024. Majlis yang diadakan bagi meraikan semua kakitangan dan keluarga LRTSB turut dihadiri oleh Yang Berhormat Pengerusi, Dato' Haji Satiful Bahri bin Mamat, Ahli-ahli Lembaga Pengarah LRTSB serta Pengurusan Tertinggi LRTSB.