PENTAULIAHAN LADANG PEMBAKA AYAM SAGA MARDI

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd melalui LRT Livestock telah menerima tauliah daripada MARDI selaku Ladang Pembaka(Parent Stock Breeder) pada Majlis International Conference on Animal Nutrition (ICAN) 2023 bertempat di Bangi Resort Hotel pada 3 Oktober 2023.
Pentauliahan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi MARDI, Yang Berbahagia Dr. Azman b. Ismail kepada Pengurus LRT Livestock, En Mohd Hanif b. Othman.

GALERI

Pengerusi MARDI, Yang Berbahagia Dr. Azman b. Ismail menyampaikan tauliah kepada Pengurus LRT Livestock, En Mohd Hanif b. Othman

Sesi bergambar bersama Pengerusi MARDI dan syarikat yang ditauliahkan sebagai Parent Stock Breeder