PROGRAM SUKAN JALINAN MUHIBBAH 2023

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd sekali lagi berentap dengan pasukan dari Terengganu Incorporated dalam kejohanan Sukan Jalinan Muhibah Edisi 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula 8 hingga 9 September 2023 di Cheneh Recreation & Resort (CRR). Penganjuran kali ketiga ini mempamerkan aksi hebat para peserta beradu kekuatan mental dan fizikal menerusi acara Futsal, Badminton, Ping Pong, Catur dan Carrom.

Kelab Sukan dan Sosial Kakitangan Ladang Rakyat Trengganu (KESOLAR) sebagai penganjur utama kejohanan tahunan ini turut memperkenalkan logo rasmi kejohanan Sukan Jalinan Muhibah sebagai satu jenama acara sukan tahunan yang akan dianjurkan setiap tahun bagi merapatkan silaturrahim di antara kakitangan Terengganu Inc dan Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated , Yang Berbahagia Tuan Haji Burhanudin Helmi bin Mohamed @ Harun dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada KESOLAR dan Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd di atas penganjuran ini dan berharap dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Beliau turut menekankan bahawa kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan pada setiap kakitangan seiring dengan komitmen tugasan harian.

Sebelum itu, Ketua Eksekutif LRTSB, YM Che Ku Hafeez Bin Che Ku Denang dalam ucapan aluannya turut merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Terengganu Incorporated yang sentiasa menyokong LRT dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Beliau berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta pada kali ini. TAHNIAH! kepada LRTSB yang menjuarai keseluruhan pertandingan dan tahniah juga, kepada semua delegasi yang terlibat. Syabas untuk semua! Sukan menyatukan jiwa.

GALERI