Dengan matlamat mengurangkan pencemaran alam sekitar menerusi pelepasan emission gas dari kolam takungan sisa buangan kilang sawit ‘effluence pond’, LRT telah membangunkan projek Biogas bermula pada awal 2021 dan siap sepenuhnya pada Disember 2022. Projek yang menelan belanja berjumlah RM18 juta bakal menjana pendapatan sampingan kepada Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. menerusi penghasilan tenaga elektrik.
Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. turut berjaya memperolehi kontrak perbekalan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad bagi tempoh 21 tahun bermula 2022 – 2043