LAWATAN PENGERUSI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH LRTSB
Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd menerima kunjungan daripada Lembaga Pengarah Syarikat sempena Program Lawatan Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah di Ibu Pejabat LRTSB.
Yang Berhormat Dato' Haji Wan Sukairi b. Wan Abdullah selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd serta ahli-ahli Lembaga Pengarah termasuk YBhg Dato’ Haji Mohd Zahari b. Md Azahar, Tuan Haji Najman b. Kamaruddin, Yang Berhormat ADUN Air Putih, En Mohd Hafiz bin Adam dan En Jasmira b. Othman.
Lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi tersebut turut dihadiri oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc., Tuan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun. Bermula dengan taklimat oleh Ketua Eksekutif, YM Che Ku Hafeez b. Che Ku Denang , program diteruskan dengan lawatan ke ladang, kilang serta unit ternakan.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan informasi terkini operasi syarikat kepada Yang Berhormat Dato' Pengerusi serta ahli-ahli lembaga pengarah yang baru dilantik serta delegasi yang hadir.