SESI NAZIRAN LEMBAGA PAROL 1 BERSAMA PEJABAT PAROL NEGERI TERENGGANU
Satu sesi Naziran oleh Lembaga Parol 1 dari Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 16 Februari 2023 bertempat di Perkarangan Perumahan Pekerja Ladang Bukit Bandi.
Sesi tersebut yang diketuai oleh Ketua Inspektor Tuan Junaidi Bin Mohamad, Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kemaman, Y.A Puan Zarinah Binti Mat Jailani, Pengerusi Lembaga Parol 1 beserta Ahli Lembaga Parol 1 yang lain bermula seawal jam 9:00 pagi dengan kehadiran penuh Orang Di Parol (ODP) dibawah seliaan Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.
Lembaga Parol 1, Kementerian Dalam Negeri merupakan lembaga yang diberikan kuasa untuk menilai dan membuat keputusan untuk melepaskan banduan yang layak mengikut Program Pelepasan Secara Parol di lokasi-lokasi yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.
Demi memastikan program pelepasan ini berjalan lancar, Lembaga ini bertanggungjawab membuat naziran dan menemubual pihak-pihak yang terlibat termasuk majikan serta ODP itu sendiri.
Pihak Lembaga akan membuat naziran secara berkala kesemua daerah parol di Malaysia.