BIODIVERSITI

Home / BIODIVERSITI

BIODIVERSITI

Biodiversiti adalah kepelbagaian biologi dan kepelbagaian kehidupan di Bumi. Biodiversiti adalah ukuran variasi pada tahap genetik, spesies, dan ekosistem. Sebagai sebuah syarikat yang terlibat dalam perladangan kelapa sawit, LRTSB secara teknikalnya turut bertanggungjawab bagi melindungi kepelbagaian flora dan fauna yang digazetkan sebagai spesies yang dilindungi serta kawasan yang tidak boleh diusahakan bagi menjamin kelestarian alam sekitar.


PERLINDUNGAN SPESIES TERANCAM

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. sedia maklum bahawa kawasan yang dimiliki turut menjadi habitat kepada haiwan lain dan turut merangkumi spesies yang mula terancam seperti Buaya Jejulong, Ayam Hutan, burung-burung eksotik serta pelbagai haiwan lain. Pihak kami telah mengambil inisiatif untuk mengambil tindakan kawalan tidak membenarkan pemburuan haiwan yang dilindungi dan bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan bagi memindahkan haiwan yang terperangkap di dalam kawasan kami ke Taman Negara atau Zoo bagi tujuan keselamatan.


ZON PENAMPAN

Bagi menjamin sumber bekalan air yang berpunca dari Sungai Cherul, Kemaman tidak tercemar, kami turut mewartakan Zon Penampan di sepanjang laluan sungai yang berada di dalam tanah milik kami. Sebarang aktiviti seperti pembajaan dan meracun adalah ditegah sama sekali.


Aktiviti

KONSULTANSI BERSAMA STAKEHOLDER

Selari dengan usaha mencapai persijilan MSPO, LRTSB telah mengadakan satu majlis StakeHolder Consultation bagi menjelaskan kepentingan kelestarian dan kemampanan industri sawit.


Aktiviti

PENYEDIAAN DOKUMEN DAN POLISI

Bagi melicinkan urusan berkaitan persijilan, penyediaan polisi dijalankan dengan penglibatan penuh semua kakitangan tanpa mengira jawatan. Ini membolehkan kakitangan mengetahui betapa pentingnya rekod dikemaskini dan mudah untuk dibuat rujukan.


Aktiviti

KEMPEN DAN KESEDARAN

Menyedari kepentingan pengurusan ladang tanpa meminggirkan kepentingan menjaga kelestarian alam, kami turut menganjurkan kursus dan latihan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan.


AKTIVITI

PEMERIKSAAN TAHAP KESELAMATAN

Bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap polisi dan peraturan serta keselamatan, pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh pihak berwajib mengikut kriteria yang telah ditetapkan.


AKTIVITI

KERJA KERJA PENGAUDITAN

Pemantauan dan pengauditan secara berjadual dijalankan bagi memastikan ladang dan kilang sentiasa mengemaskini dan mematuhi prosedur serta menambahbaik sebarang kelemahan yang wujud.