Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. memiliki 6 buah ladang kelapa sawit iaitu Ladang Bukit Bandi, Ladang Paloh Jenang, Ladang Sungai Pinang, Ladang Lembah Bidong, Ladang Hulu Paka dan Ladang Lubuk Lesung serta sebuah Kilang Kelapa Sawit (Kilang Sawit Bukit Bandi). Kesemua ladang tersebut telah dipersijilkan dengan Persijilan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) MS2530-3:2013 General Principles For Palm Oil Plantations And Organised Smallholders yang merangkumi keluasan sebanyak 14,561.636 Hektar manakala Kilang Sawit Bukit Bandi telah dipersijilkan dengan Persijilan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) MS2530-4:2013 General Principles For Palm Oil Mills dan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) Supply Chain Certification.
Ladang Rakyat Trenggganu Sdn Bhd adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan komited terhadap penghasilan yang mampan serta melaksanakan pembaikan secara berterusan terhadap operasi perladangan dan pengilangan dengan mematuhi prinsip-prinsip dan perlaksanaan mengikut kehendak-kehendak piawaian Malaysia Sustainable Palm Oil.