UNIT SEMAIAN

Bagi memastikan penghasilan BTS yang optimum dalam tempoh 25 tahun, penyediaan bahan tanaman yang berkualiti tinggi kepada pihak ladang adalah matlamat utama pembangunan tapak semaian di kawasan Cheneh dan Setiu, Terengganu. Oleh yang demikian, hanya anak benih daripada pembekal biji benih yang diperakui oleh Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) sahaja yang akan ditanam di tapak semaian bagi mengelakkan risiko kerugian jangka panjang kepada pihak ladang.
Secara amnya, tapak semaian terbahagi kepada 2 peringkat iaitu tapak semaian kecil dan tapak semaian besar. Tapak semaian kecil akan melibatkan penanaman biji cambah selama 4 bulan dengan menggunakan sistem “tray” atau ke dalam polibeg. Anak benih kemudiannya akan dialih tanam ke tapak semaian besar selama 7 – 8 bulan sebelum ianya sedia untuk dijual. LRTSB akan memastikan hanya anak benih yang berkualiti sahaja yang akan dijual melalui proses saringan penakaian yang ketat yang melibatkan penakaian di tapak semaian kecil dan tapak semaian besar.

CIRI UTAMA

100%

MEMATUHI PIAWAIAN MPOB

100%

PENGGUNAAN TOP SOIL

100%

PEMBAJAAN MENGIKUT JADUAL

100%

AMALAN PERTANIAN BAIK (GAP)

GALERI SEMAIAN