TERNAKAN LEMBU DAN AYAM KAMPUNG

Unit Ternakan LRTSB ditubuhkan pada tahun 2003 dengan teras perniagaan meliputi ternakan lembu secara integrasi. Ternakan diternak secara integrasi di ladang – ladang milik LRTSB bagi mengurangkan kos kawalan rumpai dan juga pengurangan bahan kimia kawalan rumpai demi memastikan kemampanan minyak sawit yang dihasilkan oleh LRTSB. Lembu – lembu yang diternak adalah daripada baka-baka yang terpilih dan program ternakan adalah secara sistematik bagi menjamin kualiti daging yang dihasilkan bagi memenuhi pasaran ruminan negara. Ternakan di selia secara berkala oleh Jabatan Veterinar Negeri Terengganu bagi memastikan ternakan bebas dari penyakit.

Unit Ternakan LRTSB mengambil inisiatif dalam perkembangan industri ternakan dengan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan pihak MARDI pada tahun 2015 bagi penternakan ayam kampung Hybrid secara sistem “Free Range”. Produk yang dihasilkan adalah bekalan anak ayam berkualiti, telur ayam dan juga ayam proses. Kini, Unit Ternakan LRTSB mengorak langkah dalam memajukan perniagaan kearah pensijilan Halal, myGAP dan seterusnya menghasilkan produk hiliran berasaskan daging lembu dan ayam kampung bagi memenuhi pasaran domestik dan eksport menjelang tahun 2022.

CIRI UTAMA

70%

INTEGRASI

30%

JUALAN KORBAN

100%

BEBAS PENYAKIT

100%

HALAL

GALERI TERNAKAN