MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI LRTSB 2023
Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd meneruskan tradisi di Bulan Syawal dengan menganjurkan majlis Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 bertempat di Perumahan Kakitangan LRTSB di sini pada 8 Mei 2023.
Majlis yang dihadiri oleh YB Dato’ Haji Ustaz Satiful Bahri b. Mamat selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat LRTSB , ahli Lembaga Pengarah YBhg Dato’ Adnan b. Abdullah, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Tuan Hj Burhanudin Helmi b. Mohd @ Harun serta anak-anak syarikat dibawah naungan Terengganu Inc.
Turut hadir adalah ADUN Air Putih, Yang Berhormat Cikgu Razak b. Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan b. Ramlan, wakil-wakil dari jabatan kerajaan dan swasta serta masyarakat setempat.
Pelbagai juadah tradisional sinonim dengan aidilfitri seperti nasi dagang, nasi minyak, sate, ketupat, lemang, pelbagai variasi mee, keropok lekor dan kuih muih disediakan bagi meraikan kehadiran pengunjung. Pengurusan turut menyantuni anak-anak kecil yang hadir dengan menyampaikan duit raya sebagaimana tradisi perayaan Aidilfitri.
Dengan kehadiran menjangkau 2000 orang, LRTSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir pada majlis kali ini.