MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI LRTSB 2024

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd meraikan Syawal dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 bertempat di Perumahan Kakitangan LRTSB.
Majlis yang dihadiri oleh YB Dato’ Haji Wan Sukairi b. Wan Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat LRTSB , ahli Lembaga Pengarah YBhg Dato’ Haji Mohd Zahari b. Md Azahar, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc., Tuan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, anak-anak syarikat dibawah naungan Terengganu Inc., tetamu-tetamu jemputan serta masyarakat sekitar.
Yang Berhormat Dato' Pengerusi turut mengambil peluang beramah mesra dengan pengurusan dan kakitangan LRTSB serta menyantuni hadirin dengan menyampaikan sumbangan duit raya. Pengurusan LRTSB mengucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Hari Raya buat semua..

GALERI