Biodiversiti

Kelestarian Biodiversiti

Pengenalan

Biodiversiti

Di Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, kami mengutamakan kelestarian dalam konteks biodiversiti bagi menjamin keseimbangan ekosistem dan kesihatan alam sekitar di ladang-ladang kami. Kami juga komited terhadap melindungi serta memulihara flora dan fauna bagi menjaga kemandirian ekosistem yang lebih mampan. Aspek kelestarian alam sekitar menjadi teras operasi kami, dengan amalan pertanian yang mesra alam, pengurusan sumber air yang efisien, dan pemantauan kualiti tanah serta kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Kami yakin dapat menyumbang sesuatu yang berimpak tinggi terhadap kelestarian dan keseimbangan ekosistem di kawasan ladang-ladang milik syarikat kami.

Zon Penampan

Di Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, kami komited memastikan amalan pertanian selaras dengan prinsip kelestarian dan keseimbangan ekosistem melalui penubuhan Zon Penampan. Zon ini berperanan melindungi kawasan sumber air daripada tercemar dengan sisa bahan kimia yang digunakan untuk aktiviti perladangan. Kami bertekad menjaga dan memperluaskan Zon Penampan sebagai usaha pertanian berkelestarian dan bertanggungjawab. Dengan melindungi alam sekitar dan Zon Penampan, kami mencapai keseimbangan untuk masa depan yang lestari dan mampan. Kami mengundang anda untuk menyokong inisiatif ini demi memelihara alam sekitar dan meningkatkan kualiti kehidupan bersama.

Perlindungan Spesies Terancam

Di Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, kami komited melindungi spesies-spesies terancam sebagai tanggungjawab bersama, memastikan aktiviti perladangan kami selaras dengan perlindungan alam sekitar dan biodiversiti. Usaha ini adalah sebahagian daripada visi kami untuk menjalankan pertanian berkelestarian dan bertanggungjawab, memastikan keseimbangan ekosistem. Kami mengundang anda menyokong usaha perlindungan ini demi memastikan keterjaminan perlindungan untuk spesies-spesies yang terancam dapat dijaga dan dipulihara dengan sebaiknya serta dapat dinikmati untuk generasi akan datang.

Habitat untuk Spesies Tempatan

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd. sentiasa komited terhadap memelihara serta memulihara kepelbagaian habitat yang terdapat di kawasan ladang. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan dan memulihkan kawasan habitat asli bagi memastikan kelangsungan hidup spesies tempatan.


Penyelidikan dan Pemantauan

Penyelidikan yang berterusan dan pemantauan biodiversiti adalah penting untuk memahami kesan pengoperasian ladang kelapa sawit terhadap ekosistem dan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar.


Koridor Ekologi

Pembinaan koridor ekologi dapat membantu menghubungkan kawasan habitat yang terpisah, membolehkan haiwan bergerak dengan bebas dan selamat, serta memudahkan aliran genetik di kalangan populasi spesies.

Pertanian Lestari

Mengamalkan teknik pertanian yang lestari seperti agroforestri dan penanaman semula dapat membantu mengekalkan biodiversiti. Mengurangkan penggunaan bahan kimia seperti racun perosak dan baja kimia juga penting untuk memelihara kehidupan mikroorganisma dan serangga yang bermanfaat.

Pendidikan dan Kesedaran

Meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja ladang dan komuniti tempatan tentang kepentingan biodiversiti dan cara-cara untuk melindunginya adalah langkah penting dalam memastikan kerjasama yang lebih baik bagi usaha pemuliharaan.


Penglibatan Komuniti Tempatan

Melibatkan komuniti tempatan dalam usaha pemuliharaan biodiversiti boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Ini termasuk program-program pendidikan, latihan, dan juga insentif ekonomi untuk amalan pertanian yang mesra biodiversiti.


Polisi dan Penguatkuasaan

Polisi yang jelas dan mantap serta penguatkuasaan undang-undang yang ketat diterapkan bagi memelihara kawasan yang kaya dengan biodiversiti serta memastikan aktiviti perladangan sentiasa dilaksanakan secara mampan dan bertanggungjawab oleh semua pekerja dan masyarakat setempat.


Sertai Kami

Hubungi Kami