Latar Belakang
Latar Belakang
Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2 Ogos 1977 dengan hasrat untuk membangunkan perladangan kelapa sawit di Mukim Bandi, Tebak dan Banggol , Kemaman, Terengganu. Sehingga kini, kami terus mengembangkan perniagaan dengan memiliki keluasan melebihi 13,000 hektar meliputi daerah Kemaman dan Setiu Terengganu. Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd memiliki kilang pemprosesan minyak sawit mentah, Loji Janakuasa Biogas (RE), Kilang Baja Humus serta menjalankan perniagaan hiliran merangkumi ternakan lembu, ayam dan semaian sawit.
Perniagaan
Bersama melestarikan industri kelapa sawit di Negeri Terengganu
Perladangan Kelapa Sawit
Perladangan kelapa sawit telah dijalankan di Daerah Kemaman dan Setiu Terengganu dengan keluasan berjumlah 13,000 Ha.

Pemprosesan Minyak Sawit Mentah
Dua buah kilang memproses minyak sawit mentah telah dibangunkan di Daerah Kemaman.

Janakuasa Biogas
Penghasilan tenaga baru boleh (Renewable Energy) menjamin kelestarian alam sekitar dan menjana keuntungan tambahan.

Pengeluaran Baja Humus
Pembangunan kilang bernilai RM8 Juta pada tahun 2022 bagi menghasilkan produk sampingan industri sawit

Ternakan Lembu Fidlot Dan Integrasi
Sebagai langkah mengurangkan kos merumput dan dalam masa yang sama, turut menyumbang kepada pendapatan syarikat.

Ternakan Ayam Kampung
Usahasama di antara MARDI dan Ladang Rakyat Trengganu telah dijalankan sejak 2015.

Semaian Anak Benih Kelapa Sawit
Penghasilan anak benih berkualiti merupakan faktor utama pengeluaran hasil yang optimum.

Ejen Pengurusan
Perkongsian kepakaran perladangan kepada pelanggan yang ingin menceburi bidang perladangan sawit.
