Tentang Kami

Korporat Tentang Kami

Tentang Kami

Objektif Penubuhan Syarikat

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2 Ogos 1977 dengan matlamat utama untuk membangunkan perladangan kelapa sawit di Mukim Bandi, Tebak and Banggol dalam daerah Kemaman, Terengganu. Hasil daripada operasi perladangan ini akan diagihkan kepada pemegang saham dan seterusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan di Negeri Terengganu menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat. Penubuhan syarikat ini turut membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak Terengganu dan menaiktaraf ekonomi Negeri Terengganu.

Visi

Memaksimakan keuntungan dengan "Pencapaian Perniagaan (22:23)" dan memacu kelestarian.

Misi

Memaksimakan keuntungan dan menyumbang sebahagian keuntungan syarikat dalam usaha membasmi kemiskinan di Negeri Terengganu Darul Iman melalui agihan pendapatan kepada pemegang saham.

Sejarah

Sekilas Fakta

1977

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2 Ogos 1977 dengan matlamat utama untuk membangunkan perladangan kelapa sawit di Mukim Bandi, Tebak and Banggol dalam daerah Kemaman, Terengganu.

2006

Unit Ternakan mengembangkan perniagaannya dalam sektor penternakan kambing secara komersial dengan kerjasama daripada Jabatan Veterinar Negeri Terengganu. Pelbagai jenis baka kambing seperti Kaprima,Boer, Jamnapari dan beberapa jenis baka kambing diimport dari Australia dan ditempatkan di 8 buah kandang. Pihak Jabatan Veterinar turut membekalkan khidmat nasihat dan kepakaran yang diperlukan sepanjang projek ini dijalankan.

2007

Kerjasama strategik pertama dijalinkan dengan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu bagi membangunkan tanah seluas 254Ha di Kampung Alor Limbat, Marang Terengganu. Projek ini menjadikan Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. sebagai Ejen Pengurusan Ladang dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerja-kerja pembukaan ladang, tenaga kerja, anak benih sehingga pengeluaran dan pemasaran hasil ladang

2008

Kilang Sawit Bukit Bandi mula dibangunkan bagi memproses Buah Tandan Segar yang dihasilkan oleh ladang milik Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. Kilang tersebut merupakan kilang ke 2 di Malaysia yang menggunakan teknologi Spherical Sterilizer bagi memaksimumkan kadar perahan minyak sawit mentah.

2015

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan MARDI bagi menjalankan projek ternakan dan jualan Ayam Kampung Hybrid.

Sertai Kami

Hubungi Kami