Pensijilan

Kelestarian Pensijilan

Pengenalan

Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)

LRTSB percaya bahawa pertanian yang mampan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik. Dalam usaha untuk terus maju dan memelihara sumber daya yang ada, kami dengan bangga mengumumkan bahawa ladang dan kilang kami telah berjaya memperoleh pensijilan MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil). Pensijilan ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi juga satu langkah penting dalam komitmen kami terhadap amalan pertanian yang bertanggungjawab dan mampan.

Pensijilan MSPO adalah hanya langkah pertama dalam perjalanan kami ke arah pertanian yang lebih mampan. Di Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, kami bertekad untuk terus meningkatkan amalan kami, menyokong inovasi, dan bekerja dengan rakan kongsi untuk memastikan masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong usaha kami dalam mencapai pensijilan ini. Bersama-sama, mari kita terus bekerja ke arah mencapai kejayaan yang lebih besar dan memastikan bumi yang lebih sihat untuk generasi akan datang.


Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. (LRTSB) komited di dalam memastikan keselamatan & kesihatan kakitangan, pekerja serta individu-individu yang berurusan adalah terjamin.

Polisi Alam Sekitar

Perubahan iklim, kekurangan sumber hasil bumi serta pengurusan sampah dengan cara pembuangan yang tidak teratur menyebabkan isu-isu persekitaran dibawa pada skala global yang berpotensi mewujudkan risiko kepada peraturan, fizikal dan reputasi terhadap operasi Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd. Oleh itu, sangat penting pelan pengurusan alam sekitar di Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd dikendalikan secara proaktif dan sistematik.

Polisi Amalan Sosial Yang Baik

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. (LRTSB) adalah sebuah syarikat perladangan yang komited untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan amalan sosial yang baik dan mempertahankan hak asasi manusia.

Polisi Tiada Pembakaran Terbuka

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd (LRTSB) mengamalkan system perladangan yang mesra alam bagi menjamin kesejahteraan dan pemeliharaan terhadap alam sekitar. Bagi mematuhi seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Larangan Pembakaran Terbuka, tiada seorang pun kakitangan atau pekerja mahupun kontraktor yang bekerja di premis LRTSB boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka, sama ada semasa menjalankan aktiviti tanam semula, pembakaran sampah domestik di tapak pelupusan sampah, kawasan pejabat, kawasan penempatan kakitangan dan pekerja.

Polisi Gangguan Seksual dan Keganasan Di Tempat Kerja

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd (LRTSB) mewujudkan polisi ini bertujuan untuk memberi pemahaman mengenai perlakuan gangguan seksual dan keganasan di tempat kerja sebelum tindakan diambil bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif dalam sesebuah syarikat dengan mengambil kira : • Memberi pemahaman dan kesedaran kepada majikan, kakitangan dan pekerja terhadap perlakuan gangguan seksual dan keganasan di tempat kerja. • Memastikan keselamatan pekerja dari segi mental dan fizikal terpelihara sepenuhnya. • Mencegah dan menghentikan perlakuan yang boleh menjejaskan reputasi dan imej syarikat.

Sertai Kami

Hubungi Kami