Pensijilan tapak semaian kelapa sawit di Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. diselia dan dipantau oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) iaitu Unit Pensijilan Kod Amalan (CoPCU), yang melaksanakan skim pensijilan Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN) bermula 1 Julai 2022. Skim ini menekankan amalan dan prosedur ketat untuk menghasilkan bahan tanaman sawit yang berkualiti tinggi. Bagi mengekalkan mutu pelaksanaan pengauditan, unit ini mematuhi standard ISO/IEC 17021, memastikan proses audit dan pensijilan dilakukan dengan ketelusan dan kebolehpercayaan. Dengan ini, tapak semaian di Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd dapat berfungsi sebagai model bagi amalan semaian yang baik seterusnya menyokong industri kelapa sawit yang mampan di Malaysia.