Terengganu Inc bersama anak- anak syarikat kumpulan iaitu EPIC Berhad, TDM Berhad, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (LRT), Golden Pharos Berhad (melalui anak syarikatnya KPKKT) dan GPQ Sdn Bhd telahmenyertai Bidong Floral Fest 2025 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-63 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu yang akan berlangsung pada 16-18 Mei 2025 bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong. Kumpulan Terengganu Inc berjaya mendapat tempat ke dua dalam pertandingan tersebut.