Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Cheneh Baharu hari ini telah mengadakan Program Demonstrasi Alat Pemadam Api bagi tahun 2026. Program ini dijalankan bagi memberi kesedaran dan pendedahan tentang penggunaan alat pemadam api ketika menghadapi situasi kebakaran di premis perniaagaan dan di kediaman.
En Mohd Zukri bin Mamat, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia LRTSB turut hadir memberikan ucapan aluan dan meninjau perjalanan program. Dalam ucapannya beliau mengalu-alukan kerjasama yang erat bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.