Bagi meraikan hubungan di antara kakitangan dan Pengurusan syarikat,agensi serta Kumpulan Terengganu Inc, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd mengambil peluang mengadakan Majlis Iftar Ramadhan 2025 pada 26 Mac 2025.
Bertempat di Permai Hotel,majlis telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Wan Sukairi b. Wan Abdullah selaku Pengerusi serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah LRTSB,Pengurusan Kanan,Dif-dif jemputan dari pelbagai agensi kerajaan, Ketua Syarikat dan Ketua Jabatan Kumpulan Terengganu Incorporated serta kakitangan LRTSB.
Turut diselitkan tayangan montaj merangkumi aktiviti syarikat sepanjang Ramadhan tahun ini serta imbasan Majlis Penyampaian Zakat kepada Asnaf 2025 yang telah berlangsung pada awal Ramadhan.