LRTSB telah menganjurkan Karnival Komuniti Ladang Rakyat Trengganu 2024 dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih pada 26 Oktober 2024. Karnival tersebut diserikan dengan acara Larian Komuniti , Pasar Berkat, Pertandingan Memasak, Pertandingan Mewarna dan Pameran oleh Bank Simpanan Nasional, CelcomDigi, Indah Water Konsortium serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Poliklinik Ibnu Sina.