Buletin

Media Buletin Karnival Komuniti LRTSB 2025
25 October 2025

Karnival Komuniti LRTSB 2025

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd sekali lagi berjaya menganjurkan Karnival Komuniti LRTSB 2025 bertempat di Padang Astaka Bandar Cheneh Baharu.

Program kali ini berjaya menghimpunkan hampir 1000 penyertaan dalam pelbagai kategori larian, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak gulai kawah. Turut diselitkan Jualan Rahmah Daging Lembu dan Ayam oleh Unit Ternakan LRTSB. Program kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Air Putih, En Mohd Hafiz bin Adam dan turut dihadiri oleh Pengurusan LRTSB serta kakitangan. LRTSB mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan masyarakat Zon C Dun Air Putih pada edisi kali ini.

Kita jumpa lagi tahun depan.