Buletin

Media Buletin Majlis Doa Selamat Peserta Lawatan Sambil Belajar ke Arab Saudi 2025
02 November 2025

Majlis Doa Selamat Peserta Lawatan Sambil Belajar ke Arab Saudi 2025

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bagi meraikan kakitangan yang akan mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar ke Arab Saudi bagi tahun 2025. Majlis dihadiri oleh Ketua Eksekutif LRTSB, YM Tuan Haji Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang bersama-sama pengurusan syarikat serta kakitangan.  Dalam ucapannya, beliau mendoakan akan semua peserta dapat menjaga kesihatan serta memohon agar peserta mendoakan LRTSB agar terus maju dan berjaya.