Sempena Bulan Muharram 1446H, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd menerusi Kelab Sukan dan Sosial Kakitangan Ladang Rakyat (KESOLAR) telah mengadakan Majlis Memasak Bubur Asyura 2024 bertempat di perkarangan Ibu Pejabat LRTSB. Hadir merasmikan majlis tersebut adalah Penasihat Perladangan , Tuan Haji Zaharuddin bin Ahmad Dawek dan turut bertindak sebagai salah seorang juri. Berkonsepkan pertandingan, sebanyak 8 pasukan telah turut serta dan pasukan Kilang Sawit Bukit Bandi telah muncul sebagai juara. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis tahunan ini.