Majlis Penyampaian Zakat Kepada Asnaf dan Sumbangan AidilFitri Kepada Pekerja LRTSB 2025 telah diadakan di Cheneh Recreation & Resort (CRR) pada 17 Mac 2025. Dalam majlis ini, 14 buah sekolah rendah dan menengah yang terletak di dalam kawasan operasi syarikat telah dipilih untuk menerima agihan zakat Ramadhan kali ini.
Pengerusi LRTSB, Yang Berhormat Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah dalam ucapannya mengingatkan kepentingan menunaikan zakat sebagai seorang muslim bagi membantu golongan asnaf di kawasan setempat.
Yang Berhormat Adun Air Putih, Encik Mohd Hafiz bin Adam merangkap Ahli Lembaga Pengarah LRTSB, pengurusan tertinggi dan syarikat, wakil penerima Zakat dan wakil pekerja syarikat.
Dalam majlis yang sama turut disampaikan hamper dan Bantuan Tunai Aidilfitri 2025 kepada setiap pekerja mengikut ladang dan unit masing-masing. Ini merupakan acara tradisi tahunan LRTSB dalam menyantuni pekerja selain daripada gaji dan kebajikan lain.