Buletin

Media Buletin Pertandingan Explogrity 1.0
05 December 2024

Pertandingan Explogrity 1.0

Bersempena sambutan Bulan Integriti Nasional, Unit Integriti dengan kerjasama Jawatankuasa Pelan Antirasuah (OACP) LRTSB telah mengadakan Program Explorace Integrity (Explogrity 1.0) LRTSB 2024. Program yang telah diadakan pada pada 05 Disember 2024 bertempat di Kompleks Ibu Pejabat LRTSB, merupakan salah satu usaha pembudayaan integriti di kalangan warga kerja LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya. Objektif program adalah untuk mendidik dan memupuk nilai integriti di kalangan kakitangan seterusnya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti warga kerja LRTSB dan Kumpulan Syarikatnya secara berterusan selain daripada menjadikannya sebagai satu wadah atau platform untuk kakitangan menambah pengetahuan, berinteraksi dan berkongsi pengalaman.  

Ketua Eksekutif LRTSB, Tuan Haji Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang telah melancarkan program tersebut dan membuat pelepasan peserta yang terdiri daripada kakitangan setiap jabatan termasuk anak syarikat LRTSB iaitu Rakyat Ketengah Perwira Sdn Bhd (RKPSB).