Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd telah melancarkan Program Agihan Zakat-Tajaan Makanan LRTSB kepada sekolah-sekolah di sekitar Bandar Cheneh Baharu. Pada 10 Disember 2024, sesi agihan pertama telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Cherul, Sekolah Kebangsaan Felda Cherul dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cherul melibatkan 431 pelajar sekolah dan 18 orang pelatih serta 73 orang guru.