Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Bersama Komuniti dan Lawatan Kerja YB Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah diadakan di Ladang Lembah Bidong, Setiu pada 4 November 2024. Program tersebut dianjurkan bersama oleh Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Parit dan Saliran serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang kepentingan menjaga alam sekitar terutama sekali di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar serta mudah ditenggelami air.
Jabatan Mineral dan Galian turut mengambil kesempatan dalam program ini untuk memperkenalkan model telaga tiub bagi kegunaan ketika berlaku kebakaran di kawasan tanah gambut.