Meneruskan tradisi menyambut Syawal sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka LRTSB 2025 bagi meraikan kakitangan, tenaga kerja serta penduduk setempat di Peringkat 4 Bandar Cheneh Baharu.
Yang Berhormat Dato’ Ustaz Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi LRTSB Bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah turut hadir bagi memeriahkan majlis kali ini.