Yang Berhormat ADUN Air Putih, En Mohd Hafiz bin Adam merangkap Ahli Lembaga Pengarah LRTSB bersama Ketua Eksekutif Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, YM Tuan Haji Che Ku Hafeez bin Chek Ku Denang beserta rombongan dari PKM Dun Air Putih telah menyampaikan sumbangan kepada sekolah pondok yang terletak di DUN Air Putih pada 14 Oktober 2024. Antara sekolah pondok yang terlibat adalah Madrasah Tahfiz al Faaiz, Pasir Gajah , Pusat Pengajian Islam Ribat al Asyraf, Jalan Mak Lagam, Madrasah Darul Hikmah, Pasir Minal, Madrasah Hafizah Khadijatulkubro Kemaman, Pasir Minal ,Ribat Darul Ansar, Pasir Minal, Madrasah Sirotol Mustaqim, Kg. Batu 4 Luar dan Maahad Tahfiz Darul Uloom al Islamiah Kemaman, Bukit Takal Jalan Ibok.