Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah RM10,000 kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Raudhatul Athfal, Kampung Bakau Tinggi, Chukai susulan insiden kebakaran yang berlaku pada 16 November 2025.
Pengerusi Lembaga Pengarah Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, Yang Berhormat Dato' Haji Wan Sukairi Bin Wan Abdullah menyerahkan bantuan tersebut bersama-sama dengan anak syarikat kerajaan negeri yang lain.