Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd telah membangunkan Kilang Baja Humus untuk meningkatkan kelestarian pengurusan alam sekitar serta dapat menjana pendapatan sampingan. Produk Baja Humus atau Bio – Humus ini adalah terdiri daripada sisa organik kilang sawit seperti pepejal Palm Oil Mill Effluent (POME), Tandan Sawit Kosong (EFB) dan Habuk Boiler. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 8juta dengan bermatlamat untuk bertujuan menggalakkan pengurusan sisa yang lebih baik, mempromosikan pertanian organik, mengurangkan kebergantungan pada baja kimia, serta menyumbang kepada matlamat kelestarian alam sekitar dan pengurangan pelepasan karbon. Ini selaras dengan komitmen negara untuk mencapai kelestarian sumber dan meningkatkan kualiti hidup melalui amalan pertanian yang mesra alam.