Kelapa Sawit

Perniagaan Perladangan Kelapa Sawit

PENGENALAN

Perladangan Kelapa Sawit

Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (LRTSB) mengekalkan prestasi syarikat yang cemerlang dengan penghasilan keuntungan yang tinggi setiap tahun menerusi aktiviti perladangan kelapa sawit. Kami sentiasa berusaha untuk mengintegrasikan teknologi canggih, termasuk penggunaan mekanisasi dan drone dalam semua aspek perladangan kami, bermula daripada penanaman sehingga penuaian bagi memastikan kecekapan maksimum dan hasil yang berkualiti tinggi. Penggunaan drone membolehkan pemantauan ladang yang lebih efisien dan tepat, sementara mekanisasi mempercepatkan proses penanaman dan penuaian, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual. Kami turut mengambil langkah proaktif untuk meminimumkan kos operasi tanpa menjejaskan kualiti dan keberkesanan operasi perladangan bagi menjamin keuntungan yang konsisten setiap tahun. Komitmen terhadap inovasi, kelestarian, dan kecemerlangan operasi memastikan bahawa kami terus maju dalam industri yang kompetitif ini, serta memberikan nilai tambah yang signifikan kepada semua pemegang kepentingan kami.
01

Peningkatan Hasil

Penerimaan nutrien yang tepat dapat menjamin hasil yang bermutu tinggi

02

Penyelenggaraan

Proses penyelenggaraan yang efisien bagi mencapai objektif perolehan hasil yang optimum dan ekonomik.

03

Mekanisasi

Penggunaan mekanisasi yang tepat dan berkesan mampu meningkatkan pencapaian hasil yang optimum.

04

Pemeriksaan Kualiti Lepas Tuai

Pengawalan kualiti lepas tuai yang mampan dapat menjamin impak penghasilan yang tinggi dan bermutu

05

Penghantaran BTS

Penghantaran Buah Tandan Segar (BTS) ke kilang dengan kecekapan pemprosesan yang tinggi dapat menjamin perahan minyak yang berkualiti serta bermutu tinggi.

06

Budaya Kerja Selamat

Menerap dan membudayakan amalan kesihatan & keselamatan yang terbaik kepada semua warga kerja.

Sertai Kami

Hubungi Kami