Unit Ternakan LRTSB Unit Ternakan LRTSB ditubuhkan pada tahun 2003 dengan teras perniagaan ternakan lembu secara fidlot dan dikembangkan kepada kaedah integrasi bagi mengurangkan kos kawalan rumpai dan pengurangan penggunaan bahan kimia kawalan rumpai demi memastikan kemampanan minyak sawit yang dihasilkan oleh LRTSB.
Lembu – lembu yang diternak adalah daripada baka yang terpilih dan program ternakan adalah secara sistematik bagi menjamin kualiti daging yang dihasilkan untuk memenuhi permintaan pasaran ruminan negara. Ternakan di selia secara berkala oleh Jabatan Veterinar Negeri Terengganu bagi memastikan ternakan bebas dari penyakit.
Produk yang dihasilkan adalah, jualan daging segar tempatan, jualan lembu korban,jualan lembu hidup bagi tujuan pembakaan.
Lembu disembelih di Pusat Penyembelihan Jabatan Veterinar sebagai pengesahan status halal untuk jualan.
Pemeriksaan dijalankan secara berkala bagi memastikan ternakan dalam keadaan sihat dan tidak terdedah kepada penyakit berjangkit.
Lembu-lembu dipindahkan ke Fidlot untuk proses pengelasan sebelum dijual kepada pembeli.